Kalau dari pandangan mata aku yang kuyu dan seksi ni, 45 minit separuh masa pertama memang seimbang, tapi masuk je Second Half, Vietnam terus mencengkam. Hilang terus taring dan cengkaman Harimau Malaya.
Kalau tanya aku apa faktor utama kekalahan semalam? Bagi aku ada beberapa faktor. Antaranya :-
Kelajuan Dan Kemahiran Individu
Rata-rata pemain Vietnam terutama bahagian serangan mempunyai kelebihan dari segi kelajuan dan kemahiran individu, Dua faktor ni yang menyebabkan barisan pertahanan kita banyak kali tertewas. Larian individu dan kawalan bola dorang bagi aku hampir sempurna bagi seorang pemain Asia Tenggara,
Kredit |
Player Tak Hidup
Yang ni pun salah satu faktornya. Ada pemain Malaysia yang atas padang aku tengok tak hidup. Tenggelam terus. Contohnya Syafiq. Banyak bola sampai kat dia mati macam tu je. Tu satu kerugian yang besar. Barisan serangan memang banyak sia-siakan peluang semalam.
Kredit |
Penyudah Tak Tajam
Selain daripada faktor pemain yang tak hidup tu, salah satu lagi faktor adalah penyudah yang tak tajam. Berapa banyak peluang depan gol yang sia-sia. Cuma aku boleh bagi kredit pada beberapa orang pemain yang bukan dari posisi penyerang yang beberapa kali hampir menjaringkan gol terutama Amir Saideen. Tak boleh nak marah dia kalau tak gol sebab dia bukan pemain penyerang. Ibarat korang pakar dalam bidang IT tapi disuruh masak ikan siakap Stim Limau. Mesti tak sedap kan.
Pemain Tak Berkualiti
Buat masa ni, aku masih belum nampak lagi pemain Malaysia yang benar-benar berkualiti. Aku masih tak nampak pemain-pemain yang berkaliber setaraf dengan Syafiq Rahim, Aidil Zaquan, S Kunanlan, Amri Yahyah dan beberapa nama besar dalam bola sepak Malaysia. Tak macam zaman Syafiq Rahim mengemudi barisan pemain Malaysia dalam AFF CUP 2010. Nampak garang dan berdisiplin tinggi.
Kredit |
Bagi aku mutu pengadilan malam tadi Out Of Service. Aku tak faham lah dengan Refree ni. Kalau rabun, pakailah cermin mata. Kalau takut kena rembat bola, pakai Contact Lense.
Penalti masa First Half tu tak sepatutnya ada. Aku tengok Tackle bersih. Kaki tu tuju ke bola, bukan tuju ke kaki lawan mahupun telo beliau.
Free Kick masa Second Half yang menghasilkan gol untuk Vietnam tu pun bagi aku memang tak sepatut diberi. Adakah Refree ni betul-betul rabun sampai tak dapat nak bezakan muka dengan tangan? Muka tu kan bulat bentuknya, tangan kan panjang. Ni lah orang panggil pengadil kayu.
Nak tak nak, kita kena akui jugak yang keputusan pengadil jugak merupakan faktor utama kekalahan besar Malaysia pada Vietnam semalam. Keputusan pengadil semalam sedikit sebanyak mengganggu emosi pemain-pemain Malaysia.
Dari segi permainan bagi aku So-So. Kena tingkatkan lagi. Barisan pertahanan kena lebih berdisiplin lepas ni, Barisan tengah pulak kena lebih kreatif dalam mencipta ruang dan peluang buat pemain penyerang. Dan pemain penyerang perlu lebih laju dan lebih tajam. Jangan nampak lembik dan tak hidup. Tu je yang perlu dibuat lepas ni.
Kita dah tak boleh berada di tahap macam ni lagi. Sepatutnya tahap permainan dan kualiti pemain dah sepatutnya meningkat banyak. Kalau tak, kita akan terus tertinggal. Aku dah cakap dah sebelum ni yang mutu permainan Vietnam semakin hari semakin mantap.Tahap dorang dah pergi jauh meroket meninggalkan kita. Malaysia pulak? Masih di takuk yang sama. Peningkatan tu ada, tapi tak jauh mana. Apa yang FAM buat?
Apa-apa pun sama-sama kita doakan agar pemain Malaysia akan melupakan kisah kekalahan besar ni. Bangkit. Macam mana kita selalu buat sebelum ni. Hanya ada dua pilihan. Bangkit melawan atau kalah tanpa maruah. Itu je. Aku akan tetap menyokong pasukan Malaysia walaupun aku kecewa dengan persembahan semalam. Keep It Up! Aku sentiasa yakin dengan semangat juang harimau. Jangan pernah mengalah.