Kalau dah buat yang sehabis baik, dah tentulah mengharapkan kemenangan kan? Apa lagi bila buat kerja dua kali. Hahaha. Padan muka aku. Jadi, di samping meluangkan masa bersama-sama kawan-kawan blog yang sana, aku ternanti-nantikan pengumuman pemenang untuk Kontes ni. Walaupun aku tau ramai yang hebat-hebat lagi yang masuk Kontes tu, tapi aku tetap positif dan yakin yang aku akan dapat bawak balik salah satu daripada tiga ekor GoPro Hero 4 Silver yang disediakan untuk tiga video yang terbaik.
Sampailah pada pengumumannya. Aku kuciwa! Nama aku tak disebut antara yang menang untuk Kontes tu. Aku tersentak jugak masa tu. Rasa nak nangis pun ada. Tapi mana boleh. Jatuh martabat aku depan mata awek-awek Blogger yang datang hari tu. Boleh merudum "Saham" aku di mata-mata dorang nanti. Hahaha.
Walaupun agak kecewa, tapi aku tetap positif. Walaupun aku tak menang, tapi aku bawa balik satu pengalaman yang sangat berharga dan menggembirakan bila dapat luangkan masa bersama rakan-rakan blogger yang lain. Itu lebih "mahal" daripada hadiah-hadiah yang ditawarkan tu.
Kecewa tu dah tentu. Tapi adatlah bertanding kan? Pasti ada menang dan ada kalah. Itu Standard. Aku terima seadanya. Dan dengan setiap kekalahanlah kita belajar yang ramai lagi yang hebat dari kita kat luar sana. Tak gitu? Dan aku ucapkan tahniah kepada para pemenang untuk kontes tu. Terutama Madi MahaMahu. U Are The Best Bro. Hehe. Nak pinjam GoPro setahun boleh? Hahaha.
Aku teringat pada satu kata-kata yang agak menarik. "Allah tarik yang ini, Dia bagi yang tu.". Alhamdulillah. Walau aku tak menang GoPro yang memang menjadi idaman kalbu aku, aku tetap bawa balik satu hadiah cabutan bertuan. Kamera Video untuk kereta. Alhamdulillah. Terubat jugak duka hati aku ni. Tak ada lah aku menangis sepanjang perjalanan balik ke rumah. Apa kata awek-awek tol pulak bila nampak lelaki sado perkasa segagah badak sumbu ni menangis jambu dan kiut..
Aku tengah terfikir-fikir ni. Samada nak letak kat kereta, atau kat helmet aku, atau aku nak buat kamera rakaman untuk hasilkan video-video Youtube aku. Hahaha.
Apa-apa pun, satu hari yang sangat menggembirakan buat aku dan juga kawan-kawan blog yang lain bila dapat berjumpa dan berhimpun sambil membuat aktiviti Treasure Hunt ni. Satu kenangan yang sangat manis. Hehe. Nah. Aku campak beberapa gambar menarik semasa berlangsungnya Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2015 ni.
Sebelum aktiviti bermula. Wajib Selfie dulu. Hahaha. Bersama Miekael, Ayue, Nami Namia dan juga Fatin Bella. |
Berjuang bersama dengan kumpulan 3. Korang memang terbaik dan memang Da Best! Kat situ terletaknya Miekael, Muiez Lobam, Roni, Alin Marlini, Darul, Mama Darwish dan juga Iza. |
Sesi perkongsian ilmu bersama para blogger yang hebat. |
Encik Titan dan Reez Revluv yang kepenatan didera oleh AJK. Hahaha. |
Penyeri program. Walau penat tapi masih ceria. Masih lagi bujang tiga-tiga ni. Bolehlah korang Try. Hahaha. |
Pose menarik dari Madi MahaMahu dan juga Ladfe Amir The Babyface Blogger. |
Blogger Jamar Bahar. Sekali pandang macam Aqasha pun ado. Patutlah ramai awek-awek yang kenyit-kenyit mata kat dia. Hahaha. |
Sohoque Dot Com dan juga Mummy To Be, Ierakan. Kat sini jugak ada Blogger Sensasi 2020. Dan selebihnya, cuba korang senaraikan. |
TerSelfie pulak dengan Yuyu Zulaikha dan jugak Red Mummy |
WE ARE THE BEST kumpulan 3 walau kalah. Hahaha. |
Dengar cerita SBBYeos2015 ni yang terakhir. Harapnya janganlah begitu. Harap tahun depan ada lagi. Boleh lagi para blogger berkumpul beramai-ramai dan jugak dapat merapatkan lagi silaturahim sesama Blogger.