SUMBER |
SUMBER |
Dollah Salleh mungkin ketandusan pemain sebab pemain yang tersenarai tu lah pemain yang terbaik dalam Malaysia ni. Dah tak ada pemain lain. Bukan tak cuba nak guna pemain lain, tapi hasilnya pun tetap sama. Tetap tak memberi perkembangan positif dalam bola sepak Malaysia.
Nak cerita pasal gerakan permainan, gerakan tu ada dan tersusun, tapi kelemahan nampak gila-gila ketara kat bahagian pertahanan dengan bahagian serangan. Penyudah Out. Banyak jugak peluang pisang keemasan bersinar-sinar depan gol tapi disia-siakan macam tu je. Ibaratnya seperti ditawarkan secara percuma seekor kambing golek yang dipanggang depan mata yang sangat Juicy dan seksi tapi menolak dan memilih untuk beli ayam madu kat sebelah kambing golek tu. Pelik betul aku.
Penyudah sayur hari ni yang mengecewakan aku. Kawalan bola, hantaran dan gerakan bagi aku dah sedap dah aku tengok. Nampak gerakan yang tersusun tu. Tapi tang penyudah tu buat aku rasa macam nak cucuk mata sendiri dengan garpu. Sakitnya tuh di sini. Nasib baik lah aku pasang video Knock-Knock Elizabeth Tan cepat-cepat. Terubat sikit duka lara aku ni.
Pertahanan pun agak longgar. Tapi aku dah pernah bagitau sebelum ni.. Pemain Malaysia tak laju. Tak mampu nak kejar pemain Palestin. Bukan cakap Palestin je, pemain Vietnam dengan Thailand pun pertahanan tak mampu nak kejar dah sekarang ni. Nak kata pemain Malaysia pendek sebab tu tak laju, tapi aku tengok Afiq Azmi tu tinggi lampai je. Tapi pun tak laju jugak. Takkan salah rambut dengan janggut yang terlalu tebal sampai buat badan jadi berat nak lari?
Ni semua salah Beckham! Sebab tak mampu jadi Role Model yang terbaik untuk pemain Malaysia. Dan kesalahan tu sebenarnya berpunca dari FAM! FAM tak mampu untuk merangka strategi terbaik untuk pembangunan bola sepak Malaysia. Kita pernah bangkit, tapi bila dah bangkit, kita mula rasa selesa dan tak berusaha pun untuk merangka strategi terbaik untuk memperkasakan lagi program-program pembangunan bola sepak. Sekarang ni, Vietnam dah mula jauh mengorak langkah.. Thailand pun dah makin mencanak-canak naik. Tapi kita masih tersekat di skala 6 tu jugak.
Tak pasal-pasal bola sepak Singapore pun terbabit sama jatuh merudum. Sebelum ni dorang ingatkan Liga Malaysia mampu melahirkan pemain-pemain Malaysia yang berkualiti. Dan mampu untuk memantapkan bola sepak dorang, tapi sangkaan dorang tu meleset jauh. Mesti dorang menyesal join Liga Super. Hahaha. Tak sangka Liga Super langsung tak membantu untuk dorang bersaing ke peringkat yang lebih tinggi. Dorang pun dah terbabit sama tak mampu untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi, Nak Fight dengan Vietnam? Memang kena tibai je lah Team dorang.
Do Something! Rangka lah program-program yang mampu untuk memantapkan bola sepak Malaysia. Aku dari zaman sekolah lagi ikut bola sepak Malaysia ni. Dari zaman Azman Adnan dengan Rusdi Suparman. Dari Allan Harris dengan pemain-pemain dia termasuklah Indraputra, Khalid Jamlus, Shahril Faizal. Norhafiz Zamani Nisbah, Azmin Azram. Bawak ke zaman SApok Biki. Eh, ni tinju ni. Muak dah aku. Sampai sekarang kat takuk tu jugak. Ada lah peningkatan sikit. Tapi dah berbelas tahun aku Follow. Patutnya dah bersaing kat peringkat ASIA dah. Dah boleh Fight negara-negara Timur Tengah dah.
Tapi daripada Game tadi, daripada Game Skuad Sukan Sea.. ketara gila aku nampak, Malaysia masih tak mampu nak bersaing kat peringkat yang lebih tinggi. Bukan cakap peringkat dunia, peringkat Asia pun masih jauh kita ketinggalan. Ni yang kata 2014 kita akan masuk WORLD CUP?! Aku masih ingat Statement tu sampai sekarang. Macam ni ke nak masuk piala dunia? Lupakanlah hasrat tu. Piala Asia pun tak lepas-lepas.
Huh. Aku kecewa lagi malam ni. Buat sesuatu. Tengok lah Thailand. Dah ada dalam kelas tersendiri dah. Aku tengok Game Skuad Sukan Sea dorang main, aku nampak kualiti, kelajuan dan gerakan-gerakan sepasukan termasuk individu, dah jauh mengatasi Malaysia. Kita pulak? Nak Fight dengan Timor Leste pun payah. Apa nak jadi? Apa FAM buat?
Aku dah jadi malas nak tengok Game yang melibatkan Malaysia. Berbelas tahun aku ikut. Buat aku penat. Kang bila tak sokong, cakap tak ada semangat Nasionalisme pulak. Tapi bila aku sokong sungguh-sungguh, aku yang rasa kecewa. Siyes wo. Rasa kecewa dia sama macam rasa kecewa aku Clash dengan First Love aku zaman sekolah dulu. Bagai dirobek-robek hati aku dengan duri durian. Pedih dan amat memilukan. Tapi sapa nak pujuk? FAM nak pujuk? Memang tak lah. Dorang pun tak kenal aku sapa. Hahaha. Lainlah aku ni Ahmas Maslan. Terkenal seantero Malaysia.
Kesimpulannya. Aku kecewa lagi malam ni. PLEASE DO SOMETHING FAM!