JANGAN LUPA PADA MEREKA YANG MEMERLUKANNYA.

Alhamdulillah. Dah masuk hari ke tujuh kita berpuasa kan. Alhamdulillah juga pada korang yang berjaya berpuasa dengan jayanya. Jangan jadi macam aku dulu. Hahaha. Puasa entah ke mana. Aku ingat lagi masa belajar dulu. Duduk asrama. 

Biasalah bila dah bergelar budak jahat kat tempat belajar, mana boleh jadi baik. Kena tunjuk pailang kat semua pelajar yang lain. Budal lain puasa, aku masak maggi depan dorang. Lepas siap masak, makan maggi tu sambil buat muka paling ganas sambil pakai Singlet. Kat depan aku saja aku letak batang besi. Mana ada budak berani nak Sound. Hahaha. Jahat betul aku rasa dulu. 

Ok, berbalik balik pada tajuk. Selama kita berpuasa ni, jangan pulak kita lupakan golongan-golongan yang memerlukan. Kita masih mampu untuk makan kenyang walaupun tak mewah sedangkan ada golongan-golongan yang hanya mampu makan nasi dengan telur je. Silap-silap ada yang hanya mampu makan beberapa suap nasi berlaukkan ubi rebus.

Jangan kita lupa pada mereka. Bantulah mereka. Dengan apa? Dengan membayar zakat dan bersedekah. Itu merupakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai saudara-saudara kita yang fakir di luar sana. 


Dan kepada pusat zakat pula, jadilah satu badan yang diamanahkan oleh umat Islam yang penuh dengan sifat amanah dan bertanggungjawab. Carilah golongan-golongan fakir ni di mana saja mereka berada. Kerana ada di antara golongan fakir ni jenis yang tidak meminta-minta. Mereka inilah golongan paling mulia yang sememangnya perlu dibantu. Dan jika ada golongan fakir yang meminta bantuan, jangan susahkan proses bantuan mereka. Jangan sukarkan mereka dengan pelbagai kerenah birokrasi yang boleh menjadikan Pusat Zakat amat buruk di mata umat-umat Islam kerana sekarang ni hakikatnya ramai yang tak percayakan pada krebiliti pusat zakat. Apa lagi bila bangunan-bangunan pusat zakat dibina dengan sangat mewah dan gah sedangkan bantuan amat sukar untuk dihulurkan dengan adanya kerenah-kerenah birokrasi yang melampau.

Aku pernah bersama mengikuti sendiri aktiviti pusat zakat Selangor untuk membantu golongan fakir dan asnaf di bawah naungannya. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya aku nampak apa yang dilakukan oleh Pusat Zakat Selangor. Dan Pusat Zakat Selangor tampak agak telus dalam menguruskan bantuan dan juga duit-duit zakat tu. Cumanya aku berharap agar usaha-usaha itu berterusan dan diperhebatkan. Semoga lebih ramai lagi golongan-golongan Asnaf dan fakir ni diberi bantuan oleh badan yang diamanahkan oleh umat Islam ni. 

Amanah dan tanggungjawab. Itu yang paling penting. Duit itu adalah duit seluruh umat Islam. Jangan digunakan untuk perkara-perkara yang salah. Kerana duit amanah yang diamanahkan untuk membantu golongan-golongan fakir dan asnaf ni jika disalahgunakan InshaaAllah akan ada balasan yang "Sangat Indah" di akhirat nanti. Jadilah manusia yang takutkan pada balasan Allah. Kat dunia mungkin kita seronok.. tapi kat akhirat nanti...

Selamat berpuasa semua. Sekali lagi aku ingatkan. Jangan kita semua lupakan pada mereka yang memerlukan. Bantulah mereka. Bayarlah zakat. Tu merupakan tanggungjawab kita pada saudara-saudara fakir dan asnaf. InshaaAllah. Takkan miskin kita jika bersedekah dan berzakat. 

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI  SEORANG UMAT ISLAM, BAYAR ZAKAT DI BULAN RAMADHAN, MEMBERI BANTUAN DAN SEDEKAH KEPADA GOLONGAN- GOLONGAN FAKIR DAN ASNAF Pergi karok boleh, tengok wayang boleh, keluar makan Buffet Ramadhan berpuluh-puluh ringgit boleh.. takkan lah nak bersedekah dan bayar zakat susah kan? Pelik jugak tu. 

4 comments.. read them below or add one

Fnd Rocka Fnd Rocka 22 June, 2015
bila Boni Bertazkirah
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 22 June, 2015
selamat menjalani ibadah puasa boni...
MaisarahSidi MaisarahSidi 25 June, 2015
Hai. Maisarah blogwalking kat sini.
Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.