Cerita Lawak : Aku Dan Neelofa

Cerita Lawak : Aku Dan Neelofa

Entah macam mana petang tadi aku boleh mengidam keropok BIKA. Jadi, tanpa sedikitpun rasa serba salah, aku terus menghidupkan enjin motorsikal berkuasa keldai aku untuk bergegas ke kedai runcit berdekatan. Dengan memakai T-shirt, seluar pendek yang koyak di bahagian bontot dan selipar lain sebelah, aku terus memulakan perjalanan.
cerita lawak, lawak, Neelofa, neelofa hot, gambar neelofa, cerpen lawak, foto hot neelofa,
NEELOFA
Sudah menjadi tabiat, aku akan mula menyanyi lagu-lagu kegemaran aku sepanjang perjalanan ke kedai. Dimulakan dengan lagu-lagu retro, lagu generasi terkini dan tak lupa juga lagu-lagu nasyid. Sambil-sambil tu, aku mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan suasana petang di kawasan perumahan. Manalah tau kalau-kalau aku boleh melihat gadis-gadis comel bermain kejar-kejar, tengteng, batu seremban ataupun gadis-gadis yang sedang mengumpat jiran tetangga di luar rumah. Boleh juga aku cuci mata ataupun berkenalan dan terus datang meminang di malam hari.

Tapi malangnya..pemandangan-pemandangan pada petang tadi sungguh menghampakan. What the fish! Yang kelihatan hanyalah pemandangan budak-budak berkepala botak sedang main kejar-kejar sampai terbogel, pemandangan dua ekor lembu bersiar-siar petang, pemandangan seekor babi hutan menggelupur lari apabila dikejar Pak Karim, pemandangan seorang mak cik yang sedang menjolok sarang tebuan dan pemandangan-pemandangan lain yang tak best dan tidak langsung menaikkan nafsu syahwat aku. Disebabkan terlampau stress dengan keadaan tersebut, aku terus memulas throttle motor semaksimum yang mungkin. Rasa bangga mula menguasai diri apabila motor aku memecut laju di jalanan. Dengan kulit muka yang terlipat-lipat dan tergetar-getar ditiup angin , aku terus memekik.

"Akulah raja jalanan !! "

Namun kebanggaan itu tidak bertahan lama apabila dengan selamber gajah je seorang bayi yang menaiki walker memintas motor aku sambil ketawa terkekek-kekek.


PRAP!!

Secara tiba-tiba aku merasakan maruah aku bagai dipijak-pijak. Secara tiba-tiba hati aku remuk dan terasa sangat sakit sekali. Disebabkan tidak mampu mengawal kesedihan, tanpa disedari aku menunggang motor secara terbalik sambil bersila di atas seat.

Setibanya di kedai runcit, aku terus melangkah ke dalam kedai.
Selepas berjaya membeli keropok BIKA , aku terus keluar dari kedai dan menuju ke arah motorsikal yang aku park di tempat pembuangan sampah. Selepas berjaya mengeluarkan motor dengan penuh usaha dan susah payah dari longgokan sampah tersebut, aku terus duduk di atas seat motor sambil menikmati keropok BIKA yang baru dibeli itu dengan penuh rasa keriangan.


Sedang aku asyik melayan kesedapan keropok itu, secara tiba-tiba aku disapa oleh seorang budak tadika.

"Abang! Saya selalu tengok abang sorang-sorang je? Abang tak ada gf ke? ",terpacul soalan cepumas dari seorang hamba Allah yang masih lagi berhingus belon di hidungnya.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA!!", aku gelak berdekah-dekah dengan menggunakan intonasi gelak seseorang yang memegang watak antagonis dalam kebanyakan filem di dalam dunia. Sambil otak aku ligat memikirkan idea untuk menjawab soalan tak bermoral sebentar tadi.

Setelah mendapat idea, aku terus mengetatkan wajah dan memogramkan diri aku di dalam mod serius.

"Adik! Adik ni alien ke? Duduk kat mana selama ni? Ramai yang kenal siapa abang. Dan ramai yang dah tau kisah cinta abang. Ketinggalan rupanya adik ni. Macam ni lah. Adik kenal Neelofa tak? ",tanya aku sambil merenung tepat ke mata budak hingusan tersebut.

"Akak Neelofa?! Kenal kenal !! Yang pelakon tu kan? Yang cantik tu kan? ", jawab budak hingusan tersebut bersungguh-sungguh.

"Hahahahaha! Tepat sekali! Sebenarnya, Akak Neelofa yang adik cakap cantik tu..sebenarnya..dia tu lah awek abang!! Kitorang dah lama bercinta.Kitorang saling menyintai dan menyayangi antara satu sama lain. Dia pun sangat menyanjungi abang dan menganggap abang ni adalah perwira hati dia. Kalau tak ada aral melintang pukang, hujung tahun ni kitorang akan melangsungkan perkahwinan kat dewan serbaguna orang ramai Taman Bidara, Selayang.", sambung aku lagi sambil melompat dari seat motor dan menumbuk ke langit. 

Tiba-tiba kedengaran lagu perwira dendangan Saloma.Entah dari mana datangnya. Tak cukup dengan tu,tak semena-mena angin bertiup kencang secara tiba-tiba. Serta merta babak ketika itu menjadi gila gempak. Sambil aku berdiri tegak dan menumbuk ke langit,  rambut aku terkibar-kibar ditiup angin, begitu juga seluar pendek koyak di bontot yang aku sarung dari rumah. Ditambah lagi dengan sampah-sampah yang ligat berterbangan di depan dan belakang aku. Secara tiba-tiba aku terasa aku ni adalah Aaron Aziz yang sedang berlakon di dalam filem KL GANSTER.Budak hingusan tersebut pula sangat terpegun dengan aku sehingga beliau terduduk dan menggigit jari-jari tangan kanannya sambil mata tak berkelip-kelip.

Dan, dengan penuh bergaya aku melompat semula ke atas motor dan terus menghidupkan enjin.Sebelum memijak gear, aku sempat menoleh ke arah budak hingusan tersebut dan memandang tepat ke arah matanya.Sambil mempamerkan wajah yang terlalu kacak, aku mengangkat-ngangkat kening sebanyak 64 kali sebagai tanda isyarat betapa eksyennya aku ketika itu.

Setelah agak pening,loya tekak,dan rasa nak termuntah, dengan pantas aku memijak gear motorsikal menggunakan hidung dan terus memecut meninggalkan budak hingusan tersebut yang masih lagi terpegun dan terkagum dengan aku. Sepanjang perjalanan balik, aku hanya mampu ketawa berdekah-dekah kerana berjaya menipu seorang budak tadika.Rasa bangga tersemat di dalam kalbu.Dan sehingga entri ini ditaip pun aku masih lagi ketawa berdekah-dekah.




{ 21 comments.. read them below or add one }

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: :: My BeAuTiFuL wOrLd :: 25 January, 2012
wah....
pakwe artis nih, hihihi
syabas :)
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 25 January, 2012
hehehehe.... banyak giler rintangan semata2 nak beli keropok bikar !
still bajet macho law pun badan dah bau sampah.. hihihi :P
Aprimia ✿ Aprimia ✿ 25 January, 2012
cehhh .
Neelofaaaa :))
HAHAA
madammondoq madammondoq 25 January, 2012
amboii.. panjangnya mengelamunnn.......
Zarul Umbrella Zarul Umbrella 25 January, 2012
weh masuk raja lawak ler thn depan..
AnonymousAnonymous 25 January, 2012
hahaha ape kes b0hong dak tadika.. alahai
Unknown Unknown 26 January, 2012
@YNA HERMOSA

hahahaha..jangan lah cakap macam tu.malu saya.hakhakhakhak :P
Unknown Unknown 26 January, 2012
@Azwan ZeT

hahahahaha..tenkiu2..hehehehe
Unknown Unknown 26 January, 2012
@fatinmyra Sweet :)

hahahahahaha..same2 comel tak??hehehehe
Unknown Unknown 26 January, 2012
@madammondoq

hehehehe..itu je la yang termampu..nak dapat betul2 tak dapat..hehehe. :P
Unknown Unknown 26 January, 2012
@Zarul

hahahahaha..idok le teman..hehehe..nak melawak atas stage tu bukan bidang saya la bro..hehehehe
Unknown Unknown 26 January, 2012
@cik Kartun

hahahaha..ganas tak??hehehehe
CintaKhadijah CintaKhadijah 26 January, 2012
keh keh keh.. sian budak tadika tuh!
Unknown Unknown 27 January, 2012
suka a citer awak...gelak sakan saya!
Unknown Unknown 27 January, 2012
@CintaKhadijah

hahahahahaha..dia berada di tempat dan waktu yang salah..hahahaha
mujagirl92 mujagirl92 28 January, 2012
padan muka kalah ngan walker,, kah3
Unknown Unknown 28 January, 2012
@nurmujahidah

hahahahaha..suka betul die ek..hehehe
Aarman Aarman 30 December, 2012
Semakin kacak rasa bila dapat tipu budak tadika...bukan tipulah boni, istilah paling bagus helah bela diri he..he.he..
Len Inouie Len Inouie 18 March, 2013
menghunus sebatang bantal. hahaha... tak cuak langsung.
:)