Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru Cina kepada peeps dan readers yang masih lagi belum hanyut dibadai mimpi.Dek dah terbiasa jadi kelawar yang hidup di malam hari dan bersarang di siang hari,aku terus hidup dalam keadaan tak normal.Kesannya,sepatutnya aku menghadiri dua kenduri penting member aku..tak pasal-pasal dua-dua kenduri aku terlepas.Adoi.Rasa bersalah kat dorang.Kompem-kompem lah lepas ni dorang akan tabuh aku dengan spanar hidup..takpun yang paling lembut,dorang akan gunakan kulit durian untuk membedil kulit gebu buntut aku ni.Hakhakhak.Sejuta kemaafan aku mohon kepada korang berdua.
musti muka dorang akan jadi macam ni.-gambar sekadar hiasan-
Lepas ni aku rasa nak pergi tempah kostum Batman lah.Disebabkan aku dah mula hidup di tengah-tengah malam,aku ingat aku nak jadi night stalker.Ops.Night watcher maksud aku.Menjadi hero yang menyelamat manusia di tengah malam.Pergh.Musti bergaya.Hahahaha.Tapi masalahnya,Batman kurang inci.Jadi Batman comel plak.Sapa nak takut.Hahahaha.
Ok,berbalik pada tajuk kat atas tu,apa yang sedap sangat sampai mata hitam naik kat atas tu.Musti korang tertanya-tanya kan.Aku malas nak explain lebih-lebih,takut akan menimbulkan syak wasangka bukan-bukan.Jadi,jum la kita layan gambar.
Apa yang sedap sangat tu sampai mata hitam aku naik ke atas?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
INILAH SEBABNYA!!Hahaha.Sedap gila!!
Siap buat bubur kacang durian tu!
Orang sibuk makan limau,tapi aku sibuk makan durian.Hahaha.Sebenarnya,baru-baru ni mak aku teringin nak makan bubur kacang durian.Jadi,hari Jumaat lepas..dia ajak aku pergi pasar malam.Mula-mula aku berdegil.Berkeras aku.Siap aku pasang kekuda untuk mengelak diri terjebak ke pasar malam.Tapi lepas dibedil dengan vacuum cleaner jenama Panahsonik,lesung batu,tv LCD 6 inci,helmet,rak kasut,dapur,walker bayi..terus aku menurut perintah.Tapi,selepas mengunyah-ngunyah durian tersebut dengan bermati-matian,segala kesakitan dibedil tu hilang macam tu je.Heh heh.
*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.
P/S : Kepada sahabatku yang menjemput ke kenduri kahwin tu,aku minta maaf banyak-banyak.Kalau dah aku aktif di waktu malam,memang aku susah nak aktif di waktu siang.Adoi.Ada jam loceng pun tak guna.Bunyi jam tu aku dengar macam suara Siti Nurhaliza menyanyi je.Bertambah nyenyak tidur aku.