Cerita Lawak : Handphone DiBlender Kerana Geram

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Hari ni dah masuk hari kedua perayaan tahun baru cina.Dan aku masih lagi menanti dan mengharapkan sesuatu yang ghaib yang sangat-sangat aku harapkan.At least jika apa yang aku nantikan itu menjadi kenyataan,aku lah orang yang sangat-sangat bertuah di dalam muka bumi ini.Benar kata orang penantian itu adalah sesuatu yang sangat menyeksakan,dan aku sedang merasakan perasaan itu.Apa benda yang ghaib tu?Biarlah aku seorang sahaja yang mengetahuinya.

muka yang tidak disinari cahaya matahari

Jadi,stop setakat situ madah-madah puitis yang aku cipta di tengah-tengah pagi yang indah ini.Adoi.Sejak jadi Batman ni,asyik rasa nak jiwang je.Ni lah akibatnya bila lama tak nampak matahari terbit.

Amacam cuti korang?Best?Aku macam biasa lah.Cuti pun terperuk je kat rumah.Nasib baiklah kat tv macam-macam cerita yang menarik yang aku dapat aku layan.Kalau tak,memang rasa hidup aku ni sia-sia je.Hahaha.Macam tadi,aku terlayan cerita The Storm Warrior.Gila best!Sampai terkentut-kentut aku tengok aksi dalam filem tu.Tak duduk diam aku.Kadang-kadang terkemut-kemut tanpa kerelaan hati aku.

Tengah sedap-sedap aku layan tu,tiba-tiba handphone canggih brand blueberry aku berbunyi.



"Haram Jadu betullah!!Tak leh tengok aku bahagia bersama tv tercinta!",marah aku sambil membedil seekor cicak yang kebetulan bermain teng teng di depan aku.Aku sebenarnya sangat anti dengan cicak disebabkan ada tragedi pelik yang menimpa aku semalam.Tengah aku sedap-sedap layan lagu Hani lempengnya hangus-Exist sambil baring kat atas katil,aku ternampak sekor anak cicak kat atas syiling.Kelihatan beliau memandang tepat ke arah aku.Mata aku dan mata anak cicak tu saling bertentangan.Macam cinta pandang pertama plak aku rasa.Aku pun apa lagi,bersedia dengan apa pun kemungkinan.Tengah aku mengalihkan kaki dengan slow n steady,tiba-tiba anak cicak tu menerkam aku daripada atas syiling.Aku naik hairan lagi pelik.Buang tabiat ke apa anak cicak ni.Mungkin beliau perasan yang beliau tu seekor harimau agaknya.Aku pun apa lagi,terus membuka langkah untuk melarikan diri dari tempat kejadian.Tapi belum sempat aku lari,anak cicak tu terus stunt atas kepala aku.Disebabkan terkejut,aku pengsan selama 3 jam.Sedar-sedar je,mak aku dah berada kat sebelah dengan beberapa orang bidan.Apa kejadahnya bidan datang?Aku bukan nak bersalin apatah lagi bersunat.Dengan bibir yang terketar-ketar,aku terus bertanya tujuan bidan-bidan tu datang.Rupa-rupanya bidan-bidan tu dijemput oleh mak aku untuk mengajar cara-cara membuat kuih apam.Fergh.Tanjat boboi.Nasib baiklah masa pengsan tu,aku pakai spender.Kalau tak,naik syeikh bidan-bidan tu.Hahaha.

Berbalik pada cerita tadi di mana fokus aku terhadap cerita The Storm Warrior tadi dicacatkan oleh bunyi Blueberry aku.Aku segera melihat nama siapa yang malang tertera di skrin handphone.Tapi yang tertera hanyalah nombor telefon.Aku segera menekan butang start.

"Hello!Awak ni lelaki ke perempuan?",jawab aku bersungguh-sungguh.

"Err.Hello.."

Belum sempat suara itu meneruskan sesi berbual bicara,aku terus mematikan talian.Bukan setakat tu,aku terus mencabut bateri dan membaling handphone tersebut ke dalam blender dan menghidupkan suis blender tersebut.

"Huh!!Lelaki rupanya!Buang masa aku je!Kalau perempuan boleh gak aku berkenalan.",getus hati aku sambil terus berlari pecut menuju ke ruang tamu untuk meneruskan tontonan aku yang terganggu seketika tadi.Bila cerita tersebut habis,aku dah mula rasa menyesal.Disebabkan handphone Blueberry tu telah jahanam,aku terpaksa turun taraf dengan menggunakan handphone Nokia 3310 lama aku.What the fish!

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

6 comments.. read them below or add one

AnakPakZohar AnakPakZohar 24 January, 2012
errrr........... apekahhhh.... =="
Admin Admin 26 January, 2012
elum wish lagi kat sini,
hmm selamat tahun baru :)

thanx ya singgah di blog sy yg tak seberapa..
Unknown Unknown 26 January, 2012
@ahsfantasy24

hahahaha..selamat tahun baru cina.hehe..

eh,nape cakap macam tu?kita semua sama je..
Unknown Unknown 02 February, 2012
@syafawati

hahahahaha..lawok ke awok???hehehehe