tak habis-habis lagi isu rasuah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua readers dan peeps.Pagi ni,tak pasal-pasal pipi aku merah-merah.Entah macam mana aku boleh bermimpi date dengan Neelofa,pastu bila aku cuba berpimpinan tangan dengan Neelofa,tak pasal-pasal aku kena lempang bertubi-tubi dengan dia.Bila aku terjaga,rupanya aku tengah melempang-lempang diri sendiri rupanya.Dengan sedaya upaya aku cuba fokus otak aku untuk mengawal semula tangan-tangan aku yang bergerak sendiri tu.Sangat-sangat mengerikan mimpi tu.

apa daa sekeping je?

Jadi,hari ni aku nak ulas tentang isu rasuah yang melibatkan bola sepak tempatan.Adoi!!Apa ni?!!Liga baru je bermula.Takkanlah dah timbul isu ni?Tolonglah kepada semua player-player dan individu-individu yang berkenaan,tolong jangan jebakkan bola sepak tempatan kita dengan perkara-perkara negatif ni.Kami semua peminat bola sepak tempatan mengharapkan liga kita terkenal dengan kualiti permainan yang hebat,bukannya terkenal kerana isu rasuah.Ini semua menjatuhkan kualiti permainan bola sepak tempatan.Harap isu ini akan akan berhenti terus dan tidak akan lagi tercetus dalam bola sepak tempatan kita ini.

Dah lah,aku tak nak ulas panjang lebar tentang isu ni.Pihak yang berkenaan,paham-paham sendiri la.Peminat tempatan dah bagi sepenuh komitmen untuk memberi sokongan tak berbelah bahagi,jangan khianati kepercayaan kami ni!!Kami nak kualiti bola sepak semakin baik,bukan kualiti RASUAH semakin berleluasa!!

Cakap pasal rasuah ni,aku teringat satu kisah yang pernah menimpa aku suatu ketika dulu.Kejadian berlaku semasa aku sedang membantu seorang awek yang kerosakan kereta.Bateri kong.Jadi,dengan wajah yang berseri-seri dan kacak aku pamerkan kepada awek tersebut,aku terus meng'offer' diri untuk menolak kereta beliau.Walaupun aku terkentut berair dek kerana mengerah keseluruhan tenaga ketika menolak kereta,aku tetap memaintainkan kekacakan dan ketampanan aku supaya awek tersebut terpaku melihat kegagahan aku.Dan,selepas kereta bergerak dalam kelajuan 60not/saat,akhirnya enjin berjaya dihidupkan oleh awek tersebut.Selesai dihidupkan,aku terperasan awek tersebut berlari ke belakang di tempat keretanya berhenti sebentar tadi.

gambar sekadar hiasan.Jangan marah ye Lyssa Faizureen

"Itulah perempuan,ada je barang yang tertinggal..",getus aku di dalam hati sambil meniup-niup ketiak yang dibasahi peluh jantan.

"Awak yang kacak tu,terima kasih banyak-banyak ye di atas bantuan dan pertolongan awak tu.Saya tak tau nak balas budi awak macam mana..",luah awek tersebut sambil menghulurkan sesuatu kepada aku.

"Iskh!!Apa ni??!!Awak bagi saya duit??Ini adalah rasuah!!!Saya tak terima duit-duit macam ni!!AstaghfirullahAlAzim!!!Apa awak ni?!!Apa yang awak fikirkan?!!What the fish!!Awak jangan sampai saya laporkan benda ni kat SPRM!!",teriak aku sambil melompat menjauhi awek tersebut.

Secara tiba-tiba dunia yang cerah menjadi gelap gelita akibat cahaya matahari dilindungi oleh tong sampah yang diangkat oleh awek tersebut untuk membedil aku.Tercampak aku sejauh 10cm selepas dibedil.Dan serangan kejam itu tidak berakhir setakat itu.Secara tiba-tiba awek tersebut menumbuk-numbuk halkum aku tanpa belas ihsan.Tak cukup dengan itu,rambut aku juga ditarik sampaikan rambut aku yang agak ikal mayang ni menjadi lurus dan statik.

"Kau dah kenapa?!!Aku nak bagi duit kau ni!!Aku perasan duit kau terjatuh dari poket masa kau tengah tolak kereta aku!!Sengal!!Samdol!!Sewel!!So So!!",teriak awek tu sambil terus beredar dari tempat kejadian.

Secara tiba-tiba terukir senyuman kerang busuk di bibir aku sambil menggaru-garu kepala yang dipenuhi kutu babi.Satu lagi episod di mana aku tersalah mengarahkan otak aku untuk berfikir secara profesional.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

2 comments.. read them below or add one

LYSSA FAIZUREEN LYSSA FAIZUREEN 17 January, 2012
amboihhh. ambiikk gmbo kte takk bgitauuu .. Dushh .Dushhh :)
Unknown Unknown 17 January, 2012
@Lyssa Faizureen

orang da mesej da dia..dia tak balas pun..hahahaha..entri tak leh tunggu lama2,nak kena publish terus..hehehehe..namo marah ye..nanti sy belanje choki2..haha