Assalamualaikum peeps and readers.Apekehe nampak ada yang macam tengah bersedih dan berduka lara tu?Semalam kucing kesayangan mati ke?Takpun kena gigit dengan sugar glaider kesayangan?Hahaha.Padan muka.Hahaha.Rileks.Chill up.Jom rehat sebentar bersama Kit Katty.
Hari ni aku nak berkongsi tentang seorang budak berusia 3 tahun diserang dan dibaham seekor harimau ketika sedang menangkap gambar berdekatan dengan pagar sementara yang menempatkan seekor harimau.Ketika itu budak malang berkenaan mengunjungi zoo bergerak di Blagoveshchensk,Timur Rusia bersama dengan keluarganya.Seorang pekerja zoo terpaksa memukul harimau berkenaan yang membaham bahagian kepala budak malang berkenaan.Selepas dipukul bertalu-talu menggunakan kayu,akhirnya harimau berkenaan melepaskan kepala budak tersebut.Mangsa dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan kritikal selama dua jam kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan otak.
gambar sekadar hiasan
Hurm,macam ni pun ada.Agak-agaknya berapa besar lobang kat pagar tu sampai harimau tu boleh baham kepala budak tu?Ni yang buat aku takut nak pergi zoo ni.Lebih rela aku pergi ke taman burung.Biarlah orang nak cakap aku ni jiwang ke.Hahahaha.
Cerita pasal harimau ni,aku teringat satu kisah yang terjadi dalam hidup aku.Kisah bermula ketika Shah Ruk Khairunezain(salah seorang member aku),mengajak aku ke satu tempat.
"Boni,jom ikut aku jap.Aku nak cari satu benda lah.",terang Shah Ruk Khairunezain sambil menarik tangan aku ke keretanya.Wajahnya ketika itu kelihatan sangat pucat.
"Oi Shah Ruk Khairunezain,rilek lah.Cuba kau cakap kat aku nak pergi mana?Ni tiba-tiba kau tarik aku.Tak menyempat-nyempat.Kau dah kenapa?",marah aku sambil mencekak pinggang.
"Dalam perjalanan nanti aku bagitau kau.",terang Shah Ruk Khairunezain sambil terus memecut keretanya.
Aku mula merasa bosan setelah setengah jam berada di dalam kereta.Secara tiba-tiba aku terus membentak.
"Oi Shah Ruk Khairunezain!Baik kau bagitau aku sekarang.Kau nak pergi mana dan nak cari apa?!!",tengking aku sambil melambai kepada seorang awek comel yang kebetulan berada di dalam kereta sebelah.Wajahnya tomey-tomey seiras Cik Lyssa.Tiba-tiba mod marah aku ketika tu menjadi mod gedik.
"Sebenarnya...aku nak ajak kau cari Tiger!!Aku nak kau temankan aku!",terang Shah Ruk Khairunezain bersungguh-sungguh.
Tak semena-mena darah aku naik ke kepala.Aku tergamam.Aku tersentak.Secara tiba-tiba wajah aku pula yang bertukar jadi pucat.
"Kau.....Kau dah gila ke apa??!!Kau nak mati,kau mati sorang!!Jangan nak libatkan aku dalam hal kau ni!!Aku tak nak cari harimau!!Kau ni dah hilang akal ke ape?!Kau nak kena kokak dengan harimau tu lantak kau!Tapi jangan libatkan aku sekali!",tengking aku bersungguh-sungguh sambil menanduk terbang halkum Shah Ruk Khairunezain.Tak cukup dengan itu,aku menambah lagi aroma kesakitan Shah Ruk Khairunezain dengan menyiku pula tulang telinga beliau.
Shah Ruk Khairunezain terus tercampak ke tempat duduk belakang.Dengan tangkas nya aku terus mengambil alih tugas memandu kereta.Begitu bergaya aku ketika itu.Dan,aku melihat Shah Ruk Khairunezain melalui cermin pandang belakang.Ternyata air mata beliau menitis membasahi bumi.Secara tiba-tiba kedengaran suara garau yang sayu dan pilu berkumandang..
"Kenapa kau lakukan aku macam ni?Salah ke kalau aku nak ajak kau teman aku?Aku lapar sebenarnya.Pagi tadi aku tak sempat nak breakfast.",terang Shah Ruk Khairunezain sambil menangis teresak-esak.
"Ape kejadahnya kau lapar pastu nak cari harimau?!!Apa kena mengena dua perkara tersebut?!!",bentak aku lagi.
"Bila aku cakap aku nak cari harimau?Bukan ke aku cakap aku nak cari Tiger?",terang Shah Ruk Khairunezain perlahan.
"Tiger dengan harimau tu bukan benda yang sama ke?Takkan lah tiger bermaksud tikus mondok plak dalam bahasa melayu?!!",tengking aku lagi tanpa memberikan perasaan belas kasihan kepada Shah Ruk Khairunezain.
"Memang lah.Tapi bukan harimau.Aku cari Tiger.Tiger Biscuit.Biskut Tiger.Aku lapar.Menggigil-gigil badan aku ni!!",terang Shah Ruk Khairunezain sambil terus meraung-raung.
Serta merta aku tergamam.Dan seperti biasa juga senyuman hodoh aku terpamer di wajah.Serta merta wajah aku menjadi wajah orang yang bodoh dan bendul.Aku terus menyamar menjadi wiper kereta untuk mengelakkan ditempeleng oleh Saidon Samadon.
*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.
p kl0 bce y psl bdk kena baham ue mmg b0leyh buat 0rg trauma..
besh !:D