Manchester United 3 - Manchester City 0

Dengan terpatrinya entri macam ni,dah tentu ramai peminat-peminat Manchester City akan mengecam aku,mengherdik aku,mempamerkan isyarat lucah kat aku..Hehehe.Chill up.Hehehe.Jangan marah-marah.Macam mana pun kita semua tetap kawan.Sesama saudara yang tetap menyokong pasukan bola sepak Malaysia.Tak gitu?Hehehe.

Masih terlalu awal untuk menentukan keputusan perlawanan yang membabitkan dua kuasa besar bola sepak England.Tapi aku tetap akan meramalkan yang Manchester United akan menang 3 gol berbalas 0.Heh heh.Jangan marah ye semua.Hehehehe.Biarlah kita semua mempunyai semangat kesukanan yang hebat dalam diri masing-masing.Tak kisah siapa yang menang atau kalah,kita harus menerima seadanya.Macam aku sendiri,walaupun MU kalah sekalipun,aku akan tetap menyokong mereka sampai bila-bila.Bukan sokong SYAITAN MERAH,tapi sokong semangat MERAH.SYAITAN tu kita sama-sama bom dan bunuh ramai-ramai.Hahaha.



Malam ni aku tak tau nak tengok kat mana bola ni.Nak keluar,tak ada member plak kat sini.Member-member semua kat Selayang.Adoi.Alamatnya kena tunggu result kat berita je lah.Hahaha.

Cerita pasal result,aku teringat keputusan semalam yang membabitkan perlawanan antara Negeri Sembilan dan Kelantan.Walaupun aku tak support dua-dua team ni,tapi aku tetap akan mengucapkan tahniah pada Negeri Sembilan yang telah memenangi perlawanan semalam.Semoga kualiti bola sepak tempatan akan terus meningkat setanding dengan kualiti gergasi-gergasi Asia seperti Jepun dan Korea.

Setakat ni je entri aku kali ni.Semoga ramalan aku pada malam ini akan menjadi kenyataan.Heh heh.Kepada peminat-peminat Man City,janganlah kita bermusuh kerana kita semua adalah sahabat dan saudara.Hehehe.Menang kalah adalah adat permainan.Janganlah kita bermusuhan disebabkan bola sepak.


2 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous 09 January, 2012
tahniah noba nobana butana..