Wah. Sedar tak sedar dah pukul 7 pagi di saat entri ini ditaip. Humangaih! Aku dah terbangun dah pukul 3 pagi tadi sebab nak update entri. Lepas tu aku terbau mulut sendiri. Yang aku ingat pandangan aku kabur dan semakin gelap. Sedar-sedar je dah pukul 7 pagi. Wah, aku pengsan kerana terbau bau mulut sendiri. Pergh!! Puaka sungguh bau mulut aku sebenarnya. Bangun-bangun je, terus aku berlari pecut ke bilik air. Tanpa membuang masa(walaupun aku dah buang jam tangan aku ke dalam tong sampah) aku gosok gigi dan kumur-kummur dengan Colgate Plax Ice+Clorox. Puas hati aku. Disebabkan bau mulut, niat suci murni aku untuk menaip entri telah digagalkan. Hampeh!
Jadi, kepada readers semua, pastikan korang menggosok gigi sebelum ke tempat kerja ataupun memulakan aktiviti korang di hari Sabtu ni. Sesungguhnya, bau mulut mampu merosakkan aktiviti seharian kita. Ia melambangkan ketidak bersihan diri kita kepada orang lain. Tak kira lah korang lelaki ke perempuan ke. Dua-dua spesis ni sama je bau mulutnya. Yang membezakannya adalah tahap penjagaan mulut setiap individu.
Aku masih teringat ada kisah yang sangat menayat hati aku semasa menaiki bas metro ke Kuala Lumpur untuk membeli dua bungkus belacan. Ketika dalam perjalanan, bas berhenti seketika di Jalan Ipoh untuk mengambil penumpang. Aku pun menjeling dengan membuat wajah seorang orang tua yang gatal. Kelihatan seorang awek menaiki bas dan gigih mencari tempat duduk. Comel macam Izzara Aisyah muka beliau. Kebetulan masa tu sebelah aku kosong dan tak ada penumpang. Aku pun apa lagi. Terus aku mempamerkan wajah yang kacak dan terus aku berada di dalam mod seorang ahli korporat mata keranjang. Dengan suara yang jantan aku gubah bak suara Suhaimi Meor Hasan, aku mempelawa awek tu duduk sebelah aku. Awek tu pun terus duduk sambil melemparkan senyuman. Humangaih! Lagi terserlah kecomelan beliau. Betul orang cakap, dari senyuman juga boleh turun ke hati. Aku pun terus menanam azam dan nekad untuk meminta nombor telefon awek tu. Seperti mana keazaman Lee Chong Wei untuk menundukkan Lin Dan, begitulah juga keazaman aku. Dengan wajah yang kacak aku pamerkan, aku terus menegur awek tu.
" Assalamualaikum.", ringkas aku memulakan perbualan.
Secara tiba-tiba aku diserang kekejangan otot. Muka aku hampir bertukar menjadi biru. Urat-urat aku hampir putus. Tempat pengeluaran najis aku terkemut-kemut tanpa dapat dikawal. Semua tu gara-gara bau mulut awek tu yang saling tak tumpah seperti loji kumbahan najis Taman Bidara,Selayang. Tapi, demi menjaga air muka awek tu, aku tetap memaintainkan kekacakan aku sambil berpura-pura seperti sedang lapar.
" Rambut awak ada habuk.",sambung aku selepas membatalkan niat untuk meminta nombor telefon awek tersebut.
" Oh, yeke? Terima kasih ye awak yang kacak tu.",ujar awek tersebut sambil menyapu-nyapu rambutnya.
Jadi,kepada korang semua. Jadikanlah ini sebagai iktibar dan renungan kita bersama. Sesungguhnya, kebersihan mulut juga sangat penting di dalam kita menjaga keharmonian sesama kita. Begitu juga di dalam rumah tangga. Janganlah hanya mementingkan kebersihan luaran tetapi kebersihan dalaman terabai. Apa yang penting di dalam kehidupan seharian kita ialah kebersihan. Jadi..
Gunakanlah Colgate Plax Ice untuk mendapatkan aroma nafas yang menyegarkan. Hahahaha. Tak pasal-pasal aku jadi duta produk tanpa dibayar sesen pun. Hakhakhakhak.
*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button SHARE/LIKE dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.