Cerita Lawak : Selamat Tinggal Junaidi

Aku pun tak pasti apa yang cuba aku buktikan kat sini.Aku masih lagi tercengang di depan lap top adik aku sambil mulut ternganga melopong tak bertutup.Aku masih lagi belum terjumpa mod mengantuk seperti kebiasaannya di waktu bekerja.Ini semua gara-gara aku menggatalkan diri menengok cerita Sin Chan The Movie yang ditayangkan pada pukul 3.44 pagi hari Jumaat lepas.Lepas je daripada detik dan saat tu,aku terus didatangi masalah ketiduran yang tak menentu.

Tapi itulah,di kala cuaca dingin pagi ditemani bunyi ketawa hilai seekor pontianak dan tiga ekor pocong,aku serta merta terkenang satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan sampai sekarang.Ia adalah kenangan tnagemgnuawe.Adoi.Salah taip.Kenangan terindah.

Ketika itu,di waktu dan masa yang sama seperti hari ni.Di hari yang sama jugak.Aku pernah melepakkan diri kat rumah Junaidi Hanoi(salah seorang member baik).Beliau merupakan seorang yang agak buruk,botak tengah dan berwajah tua.Namun disebabkan kemuliaan hati,aku tetap menerima beliau sebagai sahabat seadanya.Namun,hari itu adalah hari yang merubah segalanya.

"Boni!!Kau nak makan apa?Aku nak masakkan ni!",teriak Junaidi Hanoi dari dapur.

"Tak payah susah-susah lah bro.Aku datang ni nak melepak je.Ko buatkan je lah aku nasi goreng USA,ayam masak merah,ikan siakap 3 rasa,tomyam campur,sup tulang!!Pastu jangan lupa air faveret aku!Jus perapat dengan jus oren!",laung aku dari depan televisyen.



"Ok my friend!",sambung Junaidi Hanoi sambil menyanyi lagu anak itik tokwi.

Aku pula semakin khayal di depan televisyen yang ketika itu menayangkan filem kegemaran generasi muda masa kini.Filem yang diangkat dari satu kisah benar yang terjadi di alam nyata.Filem yang benar-benar menyentuh emosi siapa sahaja yang menontonnya.Filem yang berjaya meragut air mata jantan-jantan sasa,macho dan juga jantan-jantan tak guna sehinggakan aku sendiri pun mengalirkan air hingus tanpa henti selama 3 hari berturut-turut.Apatah lagi emosi awek-awek yang sememangnya terkenal dengan emosi tak terkawal lagi-lagi ketika didatangi ABC.Filem itu benar-benar menjadi kegilaan.Filem yang bertajuk Dilempang Ombak yang dilakonkan oleh Bonz Zackless sebagai teraju utamanya.

Sedang aku terkial-kial mengawal air mata yang dahpun menitis,tiba-tiba Junaidi Hanoi muncul dengan makanan-makanan yang dipesan aku tadi.Dengan segera aku memalingkan wajah untuk menyorok air mata aku itu.Sepantas kilat aku mengelap air mata tersebut.Kalau Junaidi Hanoi nampak,dah tentu martabat keganasan aku ini akan tercalar.Dengan drastiknya aku mula meniru gaya-gaya artis di televisyen,dan tak ketinggalan gaya suria perkasa hitam yang sedang berak,gaya ultraman Ace  terperanjat tengok ulat gonggok,gaya Detektif Conan sedang bergurau dengan Sin Chan dan berbagai-bagai lagi watak yang pelik-pelik.Junaidi Hanoi melompat-lompat sambil menepuk tangan akibat terlalu bangga dan taksub dengan aku.

Hampir setengah jam Junaidi Hanoi terkekek-kekek gelak dengan aksi-aksi hebat tersebut,secara tiba-tiba aku melempang pankreas beliau.

"Jom makan.",sergah aku.Pendek dan padat.

Kami terus menikmati juadah yang disediakan itu.Begitu sedap tak terhingga.Mungkin kerana disebabkan terlalu lapar.Junaidi Hanoi juga begitu rakus melahap makanan yang disediakannya.Namun,bak pepatah yang sering kita dengar diucapkan oleh manusia-manusia."Langit tak selalunya cerah".Begitu jugalah situasi di malam hari tersebut.Secara tiba-tiba aku hilang fokus.Aku tergamam.Aku jadi tak tentu arah.Aku memandang kiri dan kanan.Aku cuba bingkas bangun namun segala-galanya sudah terlewat bagi aku.

"HAAAAAAACCHHUMMMMMMMMMMMMM!!!"

Begitulah lebih kurang suara yang dihasilkan ketika aku bersin.Begitu kuat dan padat.Memecah keheningan suasana.Bila aku buka je mata yang terpejam sebentar tadi,aku melihat wajah Junaidi Hanoi yang ketika itu merah padam.Beliau kaku tidak berkata-kata.Aku amati wajah beliau dengan penuh kusyuk dan tawaduk.Dan..wajah buruk itu dipenuhi dengan makanan-makanan yang aku makan ditambah dengan sedikit gentian kahak.Rupa-rupanya,tembakan aku sebentar tadi tepat mengenai wajah buruk Junaidi Hanoi.Dan secara tiba-tiba aku terdengar suara jantan yang sangat garau memekik dengan sangat kuat.Junaidi Hanoi benar-benar mengamuk.Secara tiba-tiba aku rasa tubuh aku ringan.Aku seperti terapung.Rupa-rupanya aku telah dicampak keluar.Sedar-sedar je aku dah berada di rumah jiran Junaidi Hanoi.Pelik jugak aku.Macam mana aku leh berada dalam rumah jiran beliau.Siap tidur berselimut atas katil lagi.

Semenjak hari tu,aku mendapat khabar berita yang Junaidi Hanoi telah hilang ingatan.Aku segera memutuskan tali persahabatan setelah mengetahui beliau menghidap penyakit tersebut.Selamat tinggal Junaidi Hanoi.Mungkin kita ditakdirkan untuk berpisah.Aku cuba memahami apa kena mengena aku bersin berkahak dengan penyakit beliau.Macam tak ada kena mengena je.Aku pun tak faham.Sampai sekarang aku masih tak faham.Korang faham tak?Hakhakhakhak.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

P/s : Jangan tinggalkan sahabat ketika dia sedang di dalam kesusahan.Dunia ini bulat.What u give u get back.

{ 9 comments.. read them below or add one }

Miss Butterfly Miss Butterfly 23 January, 2012
what you give, you get back kan?

orang aniaya kita, nnti org tu akn dianiayai oleh org yg dye prcaye kan? hurmmm
Unknown Unknown 23 January, 2012
Yup, setuju sangat2.. dunia ini bulat..berputar macam roda, kadang2 kita berada di atas,tak terkecuali berada di bawah..so, behave.. :P
Unknown Unknown 23 January, 2012
hahaha.. dah pandai guna ABC..kehkehkeh
Zarul Umbrella Zarul Umbrella 23 January, 2012
pergghh rajin sunnggguuhh ko menulis,tabik bro!
farhan farhan 24 January, 2012
tak phm motif cerita kau ni..
Unknown Unknown 24 January, 2012
@Eyda Syahida

yuppy..selalunya memang akan jadi macam tu
Unknown Unknown 24 January, 2012
@DianaAzis

hahahaha..sapa gak yang ajar??hehehe
Unknown Unknown 24 January, 2012
@Zarul

hahahahahaha..benda yang buat kita happy,automatik jadi rajin..hahahha
Unknown Unknown 24 January, 2012
@farhan

ini cerita rekaan je bro.tak ada motif apa2 pun.sekadar untuk menghiburkan orang yang membaca