Selamat tahun 2012.Alhamdulillah blogger-blogger semakin diiktiraf

Assalamualaikum kepada semua peeps,readers,rakan-rakan dan taulan mahupun tauladan.Harap masih lagi sempat untuk aku mengucapkan atau mengewish kepada korang semua selamat tahun baru.Aku nak ucapkan semoga tahun baru yang telahpun menjelma ini akan membawa sinar kejayaan kepada kita semua.Semoga apa-apa azam yang belum tercapai akan dapat kita capai pada tahun ini.Macam aku sendiri,aku telah berjaya melaksanakan azam aku pada tahun lepas iaitu belajar mengikat tali kasut dengan betul dan mengurangkan pemakanan choki-choki..Dan pada tahun ini aku telah pun mula membina azam baru iaitu mencapai kejayaan di dalam hidup termasuklah karier dan blogging.Dan aku perlukan sokongan dan doa korang semua supaya semangat aku tidak akan pernah sesekali luntur.

Pada hari ini,aku masih lagi dibelengu masalah line internet yang tersangat-sangat bermasalah sehinggakan aku hanya mampu mempublishkan blog aku di sini sahaja.Aku tidak dapat mempublishkan blog aku di dalam facebook mahupun di dalam twitter.Walaupun agak membuat aku geram sampaikan menggigit-gigit stokin sendiri,namun aku masih bersyukur kerana aku masih ada pembaca setia yang sentiasa melepakkan diri di blog aku ini walaupun tanpa aku mempublish di fb.Alhamdulillah.Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat korang semua yang still memollow aku.Ni yang buat aku sayang korang ketat-ketat ni.Haha.Aku harap juga follower aku akan berkembang ke saentero Malaysia mahupun dunia.Tapi kalau dah main dunia,aku kena lah belajar bahasa Omputih.Sekarang ni aku hanya tau yes,no,it isn't,yes i am,i back your pardon,i make you a bundle of coffee dan Oh My Adibas.Heh heh.

Hari ni aku terbaca paper metro dan tak pasal-pasal aku tertarik pada satu artikel."Cuba Zahirkan Budaya Baru".

Semasa membaca artikel itu,secara tiba-tiba bibir aku tersenyum dengan sendirinya.Lobang hidung aku kembang kempis kembang kempis dengan sendirinya.Korang nak tau pasal apa?Sebab artikel itu adalah berkenaan BLOGGER HANIS ZALIKHA dan Ringgo Tan Hui Ling.Mereka ini adalah antara blogger yang telahpun mendapat pengiktirafan tertinggi di dalam alam maya dan para pembaca.Contohnya Hanis Zalikha,selepas tersenarai di tangga ke-10 dalam pencarian Google Zeitgeist 2011 beliau juga tercalon di dalam Anugerah Blog Paling Berpengaruh Anugerah Blog Nuffnang Asia Pasifik 2011.Manakala bagi Ringgo Tan Hui Ling pula,beliau berjaya memenangi Anugerah Blog Fesyen Terbaik 2011.
Alhamdulillah,blogger-blogger telah mula mendapat pengiktirafan para-para manusia yang berada di dalam dunia ini.Kalau dahulu,blogger sering dianggap satu budaya yang agak aneh dan pelik di kalangan manusia.Selalunya blogger sering diasingkan.Namun,alhamdulillah manusia sudah mula membuka mata kepada para blogger.Dan aku akan terus mengambil semangat ini untuk terus berjaya dan setaraf dengan blogger-blogger terkenal yang lain.Walaupun bukan selebriti namun,blogger juga mempunyai pengikut-pengikut tersendiri seramai pengikut-pengikut selebriti bahkan ada yang lebih ramai.Macam blog aku juga,walaupun tidak seramai pengikut Hanis Zalikha,Yuyu Zulaikha,Ben Ashaari,Lyssa,dan ramai lagi blogger-blogger yang hebat,namun aku tetap mempunyai pengikut-pengikut setia.Alhamdulillah.Dan inilah sumber semangat aku untuk terus berkarya di alam maya ini.Kadang-kadang manusia tak faham fungsinya blogger ini wujud.Macam menyemak je.Kadang-kadang menjadi cacian orang,diejek,dipandang rendah...tapi orang tak pernah tau..Kehadiran blogger sedikit sebanyak membantu mereka-mereka.Jika tiada blogger,tiadalah info-info berguna yang boleh mereka dapati di dalam alam siber.Cuba,try,test search "Cara-cara memasak ikan siakap 3 rasa",korang akan dapat jawapan.Dan jawapan tu datang daripada siapa?Siapa yang bersengkang mata siang dan malam untuk menaip cara-cara memasak itu?Siapa lagi kalau bukan Blogger.Dan ada juga sesetengah yang hadir dengan niat untuk menghiburkan manusia-manusia yang sedang bersedih dan berduka lara.Boleh dikatakan,modus operandi blogger-blogger ini bukanlah sekadar memberi ilmu,tetapi juga menghiburkan.Itulah niat sebenar para blogger.Dan aku harap blogger-blogger lain akan terus berkarya demi pembaca.Dan semoga pembaca akan terus memberi sokongan kepada kami semua.

Jadi,aku harap satu hari nanti aku akan berjaya seperti mereka-mereka di atas.Karya aku mudah.Karya aku hanya untuk menghiburkan.Karya aku lahir daripada hati.Karya aku adalah ciptaan minda dan otak sewel aku sendiri.Karya aku adalah untuk semua.Dan niat aku hanya satu...menghiburkan korang semua.Semoga korang akan terus menyokong aku.Sokongan korang adalah semangat aku.Jadi,entri kali ni,aku nak publish sekali pattern rambut 2012 aku.Heh heh.Layanzzss








*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

{ 19 comments.. read them below or add one }

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: :: My BeAuTiFuL wOrLd :: 03 January, 2012
pengikut x penting yg penting pembaca kita, peace :)

slmt thn baru ya? :)
Unknown Unknown 03 January, 2012
@YNA HERMOSA
yeah..selamat tahun baru jugak awak :)
duan duan 03 January, 2012
bro, tukar shoutbox, da mcm takde servis je..
mscoffeecat mscoffeecat 03 January, 2012
Teruskan bermadah dari hati..:)
♥Nur Ayuni Khalib ♥Nur Ayuni Khalib 03 January, 2012
KEEP IT UP IN BLOGGING..

nway, hepi new year..
waniey waniey 04 January, 2012
kite xjmpa shoutbox awk..so...komen sini..neway..dh follow awk...moning...
Unknown Unknown 04 January, 2012
@duan
hahahaha..tu la..aku malas nak tukar lagi..tunggu la datang rajinnya nanti..hahaha
Unknown Unknown 04 January, 2012
@MsCoffeeCat
thanks...same2 lah kita bermadah dari hati k.. :)
Unknown Unknown 04 January, 2012
@waniey
hehe..ok2..saya follow awak balik k.. :)
~ayusleeping~ ~ayusleeping~ 04 January, 2012
singgah sini dear...tak tukar shoutbox kepada cbox ke?
minniey minniey 04 January, 2012
xksh jnji aty iclaz nk bblog...heeee :)cmt tau bru
Unknown Unknown 04 January, 2012
@~ayusleeping~
hahaha..tak sempat lagi la nak buat menatang tuh..hehe..InsyaAllah kalau ada masa sy buat.. :) thanks sudi singgah ke teratak buruk sy nih :)
Unknown Unknown 04 January, 2012
@minniey
yeah..betul tuh..yang penting sekarang ialah hati yg ikhlas untuk berblog..tu sememangnya kena jadi pegangan kepada semua blogger..kalau tak ada sifat tu,sememangnya takkan menjadi.apa pun yang kita lakukan dalam dunia ni memerlukan keikhlasan..camat tahun baru :)
Unknown Unknown 04 January, 2012
@minniey
yeah..betul tuh..yang penting sekarang ialah hati yg ikhlas untuk berblog..tu sememangnya kena jadi pegangan kepada semua blogger..kalau tak ada sifat tu,sememangnya takkan menjadi.apa pun yang kita lakukan dalam dunia ni memerlukan keikhlasan..camat tahun baru :)
LYSSA FAIZUREEN LYSSA FAIZUREEN 04 January, 2012
heee . selesai baca !! Tersaangat menarikkkk ...
Tetiba tertempek habiss nama Lyssa kat situ ye ? ahaa ..
Unknown Unknown 04 January, 2012
@Lyssa Faizureen
wow...tetibe rasa nak pengsan apatah lagi nak koma...lyssa komen??!!hahaha..tak pecaye nyer...hehehehe..adoi..iskh...bukan setakat tempek kat entri tu..kat blog ni pun sentiasa saya tempek nama awak..tu tempat sy melepak n mengadu tu..hehe..cafe cik lyssa.. :) thanks sudi membaca....adoi..nak kene sediakan alat bantu pernafasan ni..da diserang asma da ni..haha
GojesYoja GojesYoja 04 January, 2012
b'blogging biar ikhlas ;)
Asyrof Asri Asyrof Asri 28 March, 2013
Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada saudara Boni.

Moga kekal sihat selalu.

Moga Allah permudahkan segala urusan Boni dalam segala hal.

Senyum sokmo ya.