Cerita Lawak : Aksi ngeri awek cun+comel+cantik+lawa+seksi

Hari ni dengan semalam aku dah tak berapa nak ada mood untuk menaip.Mungkin kerana atas satu perkara yang terjadi antara aku dengan seseorang.Mungkin juga kerana sikap aku yang kurang bijak dan kurang bersabar ke atas diri dia menjadikan aku kehilangan seseorang yang sangat rapat dengan aku.Yang ada bersama aku semasa susah dan senang aku.Mungkin juga kerana faktor tekanan dalam hidup yang membuat aku hilang kawalan emosi.Tapi yang aku tau,kesilapan memang berpunca daripada aku.Kerana kesilapan,aku telah kehilangan seorang kawan baik yang sangat istimewa dalam hati aku.Tapi,aku sangat-sangat berharap agar aku akan diberi peluang ke2 untuk aku tebus semula kesilapan tu.Sejuta kemaafan aku mohon pada dia jikalau dia ada membaca entri ini.Maafkan lah aku.



Jadi,tutup topik tadi.Aku nak cerita pasal pagi tadi.Dah lah aku tak ada mood.Ditambah lagi dengan kejadian yang memang membuat darah aku mendidih tahap air yang tengah menggelegak.Tengah aku menRider kan diri aku atas jalanan.secara tiba-tiba aku terasa ada titisan air di tangan aku.Aku mengignorekan benda tu sebab aku lebih fokus kat jalan.Kalau aku leka sikit,alamatnya memang aku akan tertiarap atas jalan.Aku dah serik dah.Kereta,van,lori suka-suka je tukar lane.Kadang-kadang aku tak faham apa fungsi side mirror dorang tu.Ada jugak yang main tukar lane tanpa bagi signal.Dorang tak fikir agaknya golongan-golongan kenderaan kecik dan comel macam aku ni ada berkongsi sekali jalan dengan dorang.Disebabkan perkara-perkara tu lah aku pernah tertonggeng kat Jalan Wahyu menghala ke Jalan Kuching.Nasib baik aku tak kena sapu dengan lori kat belakang aku.

Sambung balik pasal titisan air tadi tu.Aku ingatkan hujan sebab berapa kali jugak lah aku terasa.Tapi bila aku tengok cuaca,baik punya cerah.Last-last aku terperasan ada satu kejadian aneh kat kereta depan aku tu.Acap kali aku terperasan ada lendiran-lendiran menganjal berwarna putih terpancut keluar dari dalam kereta.What the hek!!Rupanya kaki ludah kat depan aku tu.Haram J betul.Tak pasal-pasal aku menggelejat kat atas motor mengelak serangan-serangan peluru berbisa tu.Kadang-kadang aku dah beraksi macam dalam filem matrix dah.Mengelak dan terus mengelak.Lastly aku terus memecut dan bersaing kat sebelah beliau.Aku jeling-jeling kat dalam kereta tu.Bukan nak cakap apa,tapi aku terkejut jugak.Yang tengah bawak kereta tu sorang awek.Boleh tahan cun+comel+cantik+lawa+seksi.Tapi tolak tepi semua tu sebab dia tu kaki ludah. Tak guna pakej menarik macam tu kalau perangai tak senonoh.Aku pun apa lagi.Menggunakan kebijakan aku as usual.Terus aku ketawa terbahak-bahak sekuat hati sambil menyanyi lagu anak itik tokwi+lagu jiwa lagu cinta.Taktik aku berkesan.Aku tengok awek tu terus menaikkan balik cermin tingkap kereta beliau dalam keadaan yang kelam kabut.Heh heh.Padan muka.Harap lepas ni,beliau akan berpikir 5-6 kali sebelum berani-berani nak bukak tingkap kereta.Hahahaha.

Jadi,cerita pun dah habis.Aku nak layan lagu dan perasaan jap.Bye bye bye.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

{ 7 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 15 November, 2011
folow ena..ada hadiah utk new folower :P
ctk ctk 16 November, 2011
hahahaha,...terbaik la cara kamu...pompuan tu malu ler tuuu..hahaha
Unknown Unknown 16 November, 2011
@ctk
dia bukan malu tapi trauma.trauma sebab ada orang gila kat sebelah dia..hahaha..