FAIZAL RAMLI(THE GOLDEN ELBOW) MEMBANGGAKAN SELURUH MALAYSIA DLM THE CHALLENGER MUAY THAI

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua.Semoga hari penghulu segala hari ni akan menjadi lebih diredhai kepada kita semua.Dan sebelum otak aku yang kacak ni terlupa,aku nak ucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam.Jangan lupa jemput aku beraya kat rumah korang sambil korang menyediakan duit raya secukupnya untuk aku.Hahaha.

Ok,berbalik kepada tajuk kat atas tu.Korang mesti tak berapa nak kenal siapa tu Faizal Ramli kan?Kalau yang mengikuti rancangan THE CHALLENGER MUAY THAI di saluran astro 701 musti kenal siapa dia.Aku dah layan rancangan ni daripada episod 1 lagi.Beliau ni adalah salah seorang daripada 16 peserta tomoi terbaik seluruh dunia yang dihimpunkan dalam satu pertandingan merebut satu kejuaraan.


Beliau lebih dikenali sebagai The Golden Elbow di kalangan peserta-peserta tomoi.Selepas berjaya dengan mengalahkan lawannya pada perlawanan pertama,semalam beliau bertarung di dalam pusingan suku akhir.Menentang Antoine peserta daripada Perancis.

Semalam jantung aku macam nak terbelahak keluar daripada mulut.Berdebar-debar aku rasa masa dorang berdua tengah fight.Dan yang paling menerujakan peserta daripada Perancis tu dah macam mati akal.Aku tengok Faizal Ramli tu dah macam mesin pembunuh je.Menyerang tak henti-henti.Aku sampai terangkat-angkat lah kat depan tb.Tapi,malangnya nasib tak menyebelahi beliau.Last-last minute beliau hilang fokus sebab terlalu ghairah menyerang.Dengan satu tendangan keras kat batang leher,beliau terus hilang pertimbangan dan jatuh.Lepas daripada tu,terus beliau diserang bertubi-tubi.Tapi,apa-apa pun,aku tetap bangga dengan persembahan beliau malam tadi.Sesiapa yang nak mengutuk beliau silakan,tapi aku tetap akan menyokong beliau.Try la fight dengan mat salleh kalau korang rasa korang lagi hebat daripada Faizal Ramli.At least 2 minggu lepas dia dah kasi bungkus sorang mat salleh.Takpe bro Faizal,kau pun muda lagi.Anggap ni sebagai pengalaman paling berharga.Aku mewakili seluruh rakyat Malaysia akan terus menyaport kau bro!



Berbalik pada aksi semalam.Lepas je pertarungan tamat,badan aku tergerak dengan sendirinya.Mungkin kerana terlalu obses menonton fight antara Faizal Ramli dengan Antoine tu.Dengan menggila juga aku menendang-nendang,menyiku-nyiku,menumbuk-numbuk pintu rumah dengan meniru gaya Tomoi.

Secara tiba-tiba aku terperasan ada satu objek sedang terbang dan terus terpacak kat dahi aku.

"Kau jangan macam-macam!!Kalau pecah pintu tu,motor kau aku pecahkan plak!!",tengking mak aku setelah berjaya membedil sebuah seterika panas.

*ehem-ehem.macam biasa.Rajin2kanlah tekan button share tu ye.SHARING IS CARING.Heh heh


{ 13 comments.. read them below or add one }

Ikhwan Ikhwan 04 November, 2011
Haha. Btw happy friday bro! dan selamat hari raya jga. Aku ada gak usha2 channel ni last month.. Tgk dia lwn dgn sorg mamat tu, mcm ko ckp dia menang. Tak sangka plak ada wakil dri Malaysia.bila tgk dia buat iklan kt AXN memang smpoi gile! haha
Unknown Unknown 04 November, 2011
@Ikhwan
haha..semalam punya fihting bagi aku antara yang paling best dan paling sengit..memang syok..menyerang bertubi2 sampai aku pun terangkat-angkat depan tb..haha
Unknown Unknown 04 November, 2011
@Ikhwan
haha..semalam punya fihting bagi aku antara yang paling best dan paling sengit..memang syok..menyerang bertubi2 sampai aku pun terangkat-angkat depan tb..haha
merpatisejoli45 merpatisejoli45 04 November, 2011
hye, done folow u., need ur support..folow me back eh. xmao combong2 taw.. :)
Semut Senyum Semut Senyum 04 November, 2011
cik semut pun minat sukan ni.. pernah jugak pergi tgok perlawanan dorang.. kebetulan wat function ngan dorang.. =)
Unknown Unknown 04 November, 2011
@Semut Senyum
owh..wat function kat mane tu?
SeseDaP RaSa SeseDaP RaSa 04 November, 2011
mcm mana la saya tatau da rncangan tue..hehe
Run Away Run Away 05 November, 2011
/..salam kenal..dari segmen azfa...;d
Elie Lily Elie Lily 07 November, 2011
tak tau tak tau! hihihi
Unknown Unknown 08 November, 2011
@Run Away
hahahaha..samih ada lagi..setiap khamis jam 10.05pm chan 701 axn