Tutorial buat Scroll Box Dalam Ruangan Komen

Selamat hari Sabtu kepada semua.Apa program korang?Kalau nak pergi keluar makan KFC tu,ajak-ajak ayam lah aku ye.Hahahaha.Aku ni macam biasa lah.Sabtu n Ahad sememangnya aku akan duduk kat dalam rumah je.Malas nak ke mana-mana.Kalau bosan kat rumah,aku akan bercakap sorang-sorang,gelak sorang-sorang,menggeletek diri sendiri,mematuk-matuk kereta jiran,bermain teng teng bersama ular yang berkeliaran tanpa hala tujuan,bergurau senda dengan semut ternakan jiran aku,dan berbagai-bagai lagi.

Beberapa hari lepas,aku ada bertanya tentang scroll box dalam ruangan komen kepada Mia Meymi kerana aku terlihat ruangan komen Mia sangat kemas.Lagipun,jika terlalu banyak komen yang masuk,rasanya entri akan jadi berat kerana terlalu banyak komen untuk di display kan.Jika ada scroll box itu,rasanya space akan dapat dijimatkan.Hari ni aku teleh mendapat jawapannya.Terima kasih kepada Mia kerana membantu.Sayang awak ketat ketat k.Heh heh.Jadi kepada korang yang ingin mendapatkan tutorial untuk scroll box sila klik --> TUTORIAL BUAT SCROLL BOX DALAM RUANGAN KOMEN

Di kesempatan ni aku nak berkongsi dengan korang pix-pix semasa adik paling kecik a.k.a adik  bongsu aku sambut birthday yang ke18.


ni lah antara keluarga kecik aku
aku tgh memanah seekor tokek yang  melekat kat dinding
dari kiri :- adik second aku,mak aku,adik bongsu aku,anak mak cik aku,dan aku.
keluarga aku bersama anak-anak makcik aku.
adik aku tercekik cawan sambil ditolong mak aku.inilah mak aku yang akan membedil aku dengan apa saja objek yang beliau rasakan mampu membuat aku insaf.objek pilihan hati dia ialah tong gas.

Jadi,setakat inilah entri aku kali ni.Tak sabar rasanya nak tunggu pukul 5 petang ni sebab aku nak melihat Malaysia meratah Myanmar dalam separuh akhir bola sepak sukan sea.Harap pasukan Malaysia akan melangkah ke akhir dengan penuh bergaya selepas berjaya melepasi kumpulan maut.Mari kita ramai-ramai mendoakan kejayaan mereka.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

UNTUK MEMENANGI PELUANG MENDAPATKAN I-PHONE mahupun I-PAD SILA KLIK ------> SINI




1 comment... add one now

krole krole 27 December, 2012
thanks boni...nak try~