Niat Puasa Pada Bulan Ramadhan

Niat Puasa Pada Bulan Ramadhan

Ramadhan kembali lagi. Kejap je masa berlalu. Sedar-sedar kita dah kembali ke bulan Ramadhan. Tapi mungkin ada yang sudah terlupa akan niat berpuasa pada bulan Ramadhan. Aku sendiri pun sebenarnya sudah terlupa. Setahun berlalu. Jadi, kepada yang sudah lupa niat puasa pada bulan Ramadhan, aku akan kongsikan kepada korang niat berpuasa.

Sebenarnya niat puasa ni tidak wajib dan tidak juga sunat berniat puasa dalam bahasa Arab. Memadai dalam bahasa yang kita fahami.Tetapi ia adalah baik dan berpahala berniat di dalam Bahasa Arab. Seperti yang aku baca dan fahami di beberapa blog.

Lafaz niat sehari :

Lafaz niat setiap malam. Lafaz ringkas :

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala

Lafaz lengkap : 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lafaz niat sebulan : 

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Selamat berpuasa kepada semua. Ingat, jangan ponteng puasa ye.  Niat Puasa Pada Bulan Ramadhan

0 comment... add one now