korang rakyat Malaysia?

Kenapa tiba-tiba aku tanya soalan ni?Sebabnya aku perlukan sokongan korang semua.Tolong sebarkan entri aku ni kepada semua ahli keluarga,adik beradik,sanak saudara,dan seluruh sahabat-sahabat korang.

Bersempena perlawanan kelayakan Olimpik 2012,marilah kita ramai-ramai memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 November 2011 ini bersamaan hari Ahad untuk menyokong pasukan kita menentang pasukan Bahrain.Sokongan padu kita semua amat ditagih oleh pemain-pemain negara kita.Satu je pesanan aku sebelum kita beramai-ramai memenuhkan stadium,elakkan melakukan perkara-perkara yang menyusahkan orang lain seperti membaling objek-objek ke dalam padang dan juga membawa laser.Kalau pemain boleh bertindak secara profesional,kenapa tidak kita?Dan lagi satu,kita kena realistik.Tak kira apa pun keputusan perlawanan tersebut kita kena terima dengan redha.Jangan dibelengu emosi.Jika kalah sekalipun,jangan berhenti menyokong.

Jadi,kepada korang semua,tolonglah sebarkan entri ini dengan menekan button SHARE dan juga TWITTER tu ye.Sebarkan kepada semua.Anggap ini adalah satu amanah kepada anda.

  vs 


INGIN MELIHAT TWISTIES SUPERSTAR BERAKSI SILA KLIK --> SINI


2 comments.. read them below or add one

Razil Tahir Razil Tahir 25 November, 2011
Jom! Jom merahkan stadium dan bagi full support!! XD