Assalamualaikum peeps and readers.How are you today?I hope all of you will be in the best condition to make your work for the whole day in on off the office hour ever after.Today im not really in the good condition because my stomach and my head is so so painfull because food poisoning i have yesterday yes it isn't.When i wake up from bed,i straight to the point or toilet cause i feel so hurting in my stomach.It feel like someone making a building in my stomach in front of the building of the road fly over.Hahaha.Hari ni aku dah hebat sikit dah speaking London.
Ok,berbalik kepada tajuk di atas.Aaron Aziz dilaporkan bertumbuk?Ye,memang betul.Tak dinafikan sama sekali.Berita itu aku dapati daripada sumber-sumber yang aku boleh percayai.Namun,korang janganlah risau.Hero Ombak Rindu ni bukanlah benar-benar bergaduh,tapi itu cuma pergaduhan di dalam filem KL GANSTER 2.Yang menjadi tajuk utama ialah beliau melalui detik paling mencemaskan apabila terjatuh dari bumbung kereta ketika sedang malakonkan adegan lagak ngeri.Adegan ketika itu ialah adegan beliau bertumbuk dengan Rosyam Noor(salah seorang pelakon favourite aku).
kalau korang amati betul-betul mesti korang perasan yang ni bukan Aaron Aziz,tapi sebenarnya adalah aku.aku mengambil alih tugas Aaron Aziz disebabkan beliau masih lagi cedera.Hakhakhak
Akibat daripada insiden itu beliau menerima tiga suntikan di tangan,badan dan punggung.
Hmm..mungkin beliau perlu mengambil masa untuk menghabiskan sesi pengambaran beliau untuk filem KL GANGSTER 2..dan mungkin juga aku boleh meminta Syamsul Yusof Haslam untuk mengambil aku menggantikan Aaron Aziz.Dari segi paras rupa,aku lebih kacak..dari segi badan,aku lebih sasa..dari segi ketinggian,aku lebih tinggi.Aku lebih sempurna dari Aaron Aziz sebenarnya.Hakhakhakhakhak.(Silap haribulan aku kena pukul ramai-ramai dengan peminat Aaron Aziz.)
Jadi,setakat ni je lah info yang aku nak kongsi dengan korang.Eh,lagi satu.Sebelum aku terlupa,aku harap korang terus menyokong aku.Sebab aku dalam proses nak menyiapkan satu filem percintaan tragis.Filem yang akan dilakonkan oleh aku sendiri sebagai seekor lipas raksasa bernama Aaron dari planet lain yang kacak dan jatuh cinta pada empat orang gadis bumi sekaligus.Watak gadis-gadis tersebut pula akan dilakonkan oleh empat orang blogger yang comel iaitu Lyssa Faizureen sebagai Jenab,Mia Meymi sebagai Qarmuniah,Faezah sebagai Farhanoi,dan Yuyu Zulaikha sebagai Cik Yam.
watak aku sebagai seekor lipas raksasa bernama Aaron
Filem bertajuk "Dilempang Ombak" ini akan ditayangkan mulai Februari 2034.Ia mengisahkan tentang perjalanan seekor lipas raksasa dari planet Zoragonontenaikushkush ke bumi yang bertukar menjadi seorang lelaki yang sangat-sangat luar biasa kacaknya(aku lah tu).Setelah terjatuh ke dalam loji kumbahan najis,secara tiba-tiba Aaron bertukar menjadi seorang manusia.Setelah berjalan-jalan tanpa arah tujuan selama lima tahun,Aaron bertemu dengan empat orang gadis tersebut.Aaron terus jatuh cinta kepada empat orang gadis tersebut dan ajaibnya,keempat-empat gadis tersebut merasakan perasaan yang sama dan rela hidup bermadu malah rela bersama-sama bersanding di satu kenduri kahwin yang sama.Dan ketika persiapan perkahwinan sedang dilakukan,empat-empat bakal isteri Aaron itu mencadangkan agar ada artis jemputan untuk menyerikan majlis perkahwinan mereka.Aaron dengan lantangnya mencadangkan Zarul dari kumpulan UMBRELLA sebagai artis jemputan.Adakah perjalanan percintaan mereka akan berjalan lancar?Mungkin juga akan ada sedikit dugaan.Seperti filem-filem kebiasaannya,pasti akan ada watak antagonis yang akan menghalang percintaan mereka ini.Lokman Nahari yang memegang watak sebagai seorang pembunuh lipas yang menyamar sebagai seorang doktor sakit tuan,bernama Jalak Tengkujat secara tiba-tiba muncul dan memburu Aaron.Beliau merupakan seorang pembunuh lipas yang sangat kejam,ganas dan tak berperikebinatangan.Dapatkah Aaron menyelamatkan diri dan cinta-cintanya itu?Nantikan kemunculan "Dilempang Ombak" yang akan menyerang pawagam pada Februari 2034.
*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.
jom sign up dengan churp-churp.leh tambah duit poket sikit-sikit.sebulan dapat rm100 pun ok ape??jom2 daftar.klik ---> CHURP-CHURP