Blogger LYSSA FAIZUREEN menempelak aku

she's so cute..

Assalamualaikum u olsh.Kabare wak?Hari ni Alhamdulillah cuaca semakin baik dari sehari ke sehari.Tapi yang peliknya,time-time cuaca cerah ni pulak aku dilanda demam.Sakit tekak yang teramat..padahal time hujan-hujan sebelum ni tak demam pun walaupun hari-hari kena air hujan.Ni lah kuasa yang Maha Mencipta.

Sebelum aku u-turn semula ke tajuk yang di atas,aku nak cerita serba sedikit tentang kejadian-kejadian yang menimpa aku sejak bermulanya tahun 2012 ni.Aku pun agak kehairanan bila rumah aku dikunjungi serangga-serangga yang agak pelik.

Kejadian pertama berlaku pada malam 1.1.2012.Rumah aku dikunjungi semut yang besar dan berkepak.Memang menakutkan aku sebab semut tu memang besar.Kalau kena gigit kat buntut tu,rasanya seminggu bentan.Aku cuba bertanya kepada cikgu PJK Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Korea Bukit Idaman namun beliau sendiri tidak dapat mengungkaikan persoalan yang bermain di minda aku tatkala itu.Disebabkan itu,aku telah mencubit pipi beliau kerana tidak mampu menjawab persoalan tu.Namun,bala terus menimpa aku.Tak pasal-pasal kepala aku dibedil dengan tiang gol sekolah tersebut.Marah bebeno cikgu tu kat aku.

inilah wajah-wajah insan yang bertandang ke rumah aku pada malam pertama tahun baru
 banyak tu.
 agak mengerikan.telinga aku yang kacak ni hampir dibaham insan-insan ni

Yang kedua ialah kehadiran seekor kumbang tanduk sebesar dua ibu jari aku.Kejadian berlaku semalam.Sedang aku memakai kasut untuk ke tempat kerja,tiba-tiba aku rasa kaki aku dicucuk oleh sesuatu.Aku tergamam.Hampir 30 minit aku terkaku diam seribu bahasa.Tubuh aku tak bergerak.Aku seolah-olah dipukau oleh seekor toyol.Secara tiba-tiba aku menyanyi lagu Bunga Angkasa-Terrarossa.Sedang aku dalam mod 'menarik' lagu tu(part korus),tiba-tiba aku dibedal menggunakan paip getah oleh mak aku.

"Kau dah kenapa?Pagi-pagi dah datang sawan?!!",teriak mak aku sambil membedal-bedal lagi belakang aku bersungguh-sungguh.

Aku terus tersedar dari lamunan,Dan tanpa memikir panjang,aku terus menanggalkan kasut.Dengan berhati-hati aku terus meneropong ke dalam kasut aku yang berbau hapak tersebut.Tanjat Boboi apabila melihat seekor kumbang yang sangat-sangat besar.Mula-mula aku sangkakan ia adalah jelmaan Jin Hutan kerana ia bertanduk tiga.Selepas ditempeleng dan diterangkan oleh mak aku,barulah aku tau ia adalah seekor kumbang tanduk.Aku cuba mengeluarkan ia daripada kasut,namun tak berjaya.Seolah-olah beliau ingin terus menghuni kasut aku.Mungkin juga kerana beliau mengagumi bau hapak kasut tersebut.Oleh kerana aku tak sampai hati untuk melukakan hati beliau,aku terus menukar kasut lain untuk dipakai.Pulang je dari tempat kerja,aku terus mendapatkan kasut tersebut.Aku sangkakan beliau telah meninggalkan kasut puaka itu.Namun sangkaan aku meleset.Beliau masih lagi menghuni.Tanpa berfikir panjang,aku terus mengeluarkan ia daripada tempat persembunyian Maha wangi tersebut.Aku ingatkan nak terus lepaskan kat luar,tapi aku terperasan beliau seolah-olah tak bertenaga.Tak sampai hati lagi aku.Aku membawa masuk dan membiarkan beliau berehat sebentar di sebelah aku.Semasa aku makan,aku tersedar yang beliau memandang aku dengan begitu sadis sekali.Nak aku suap,takut beliau spesis yang tak makan burger.Tak pasal-pasal keracunan makanan.Jadi,aku hanya menyuap beliau dengan air kosong.Begitu lahap sekali beliau meminum air tu.Lima minit kemudian,aku melihat beliau berjalan-jalan dengan begitu aktif sekali.Mungkin kerana sudah mendapat kembali tenaga yang telah hilang dek bau hapak kasut tersebut.Tanpa membuang masa,aku terus melepaskan beliau ke atas pokok berdekatan rumah aku.

 jari aku hampir dibaham
 agak unik bentuknya
 nampak tak tanduk-tanduk tu?macam jin
 kalau lah ini lipas,aku rasa aku dah hilang pedoman dah.
 nampak comel pun ada.
besar tak besar.Fisrt time aku jumpa kumbang sebesar ni.

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apakah petanda bagi semua ini.Aku cuma mengharapkan agar biarlah ia menjadi petanda yang baik buat aku dan tahun 2012 ini.Biarlah ia menjadi tanda kepada permulaan yang baik dan pengakhiran yang baik.Dan yang paling penting,biarlah ia menjadi tanda kepada kejayaan aku.Hanya padaMu aku berdoa dan berserah.

Baiklah,berbalik kepada tajuk di atas.Mungkin korang tak sabar-sabar untuk mengetahui apa yang terjadi dan apa yang berlaku sehingga aku ditempelak oleh Blogger terkenal CIK LYSSA FAIZUREEN.Sebenarnya bukanlah ditempelak.Tapi sebenarnya,blog aku telah dikunjungi oleh beliau.Siap tinggalkan komen lagi.Aku rasa macam tak percaya je.Bila aku amati betul-betul,memang beliau yang bertandang ke blog aku dan mengomen entri aku.Hampir setengah jam aku dilanda asma,kekejangan otot,halkum turun naik turun naik,mata terjojol keluar,injap pernafasan tersangkut di pankreas,ketiak berpeluh-peluh,pedih hulu hati,lemak perut bergetar-getar dan sebagainya.Macam bermimpi di tengah hari aku rasakan ketika tu.Wow,blog miskin aku dikunjungi oleh seseorang yang terkenal di kalangan-kalangan blogger.Adakah ini bersangkutan dengan serangga-serangga yang bertandang ke rumah aku tu?Lyssa Faizureen bertandang ke blog aku.Beliau sebenarnya adalah salah seorang blogger yang aku kagumi dan aku idolai.Hari ni tak disangka-sangka beliau hadir dalam hidup aku.Hehehehe.Rasa bangga je.Mulalah lobang hidung ni kembang kempis kembang kempis tak henti-henti.



Apa-apapun saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada Lyssa Faizureen kerana sudi singgah dan membaca entri saya yang tak seberapa ni.Hadirnya awak bagaikan hadirnya sesuatu yang sangat sangat istimewa dalam hidup saya.Thanks again and again to you.Harap-harap lepas ni,Lyssa sudi lagi menyinggah-nyinggah ke teratak buruk saya ni.Dan lagi satu,saya admirer awak pada satu benda.Saya admirer awak pada sifat tidak putus asa awak.I'm really-really admirer that.Saya akan sentiasa akan mencontohi sifat tu.InsyaAllah.


*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

Korang nak tau entri mana yang disinggah dan dikomen oleh Cik Lyssa Faizureen?Meh baca entri ni. --> SELAMAT TAHUN 2012.Alhamdulillah blogger-blogger semakin diiktiraf







{ 25 comments.. read them below or add one }

M@W@R Q@SeH M@W@R Q@SeH 04 January, 2012
kumbang tu sgt menakutkan...huhuu
Unknown Unknown 04 January, 2012
@G@D!z$
menakutkan??nampak comel la..
LYSSA FAIZUREEN LYSSA FAIZUREEN 04 January, 2012
amboihhh . Panjang bebenor entry dia yang ini . Naik juling Lyssa fokus setiap perkataan ! kehkeh .. Cerita pasal serangga2 yang comel pun ada ? uhukk . Saya teruja tengokk kumbang comel tuhh . hikhik*

By the way , ada juga terselit nama and komen dari Lyssa ea ? Appreciate sangat yaw . kihki . Ewahh :) "yang aku idolai ?" hukhuk . Jadi kan Lyssa idolah kamu yer ? Terima Kasih . huu .

Ape2 pun .this such a nice entry :)
Unknown Unknown 04 January, 2012
@Lyssa Faizureen
comel kan?bila nak lepaskan dia tu,meleleh jugak lah air mata dari hidung saya ni..hehehehe...iskh..harus lah ada nama n komen daripada Lyssa..salah seorang idola dalam dunia blogging sy ni.comel plak tu..hehehe..gile tak nak jadikan idola??hahaha..thanks Lyssa..lepas ni memang senyum sampai ke tinge je la saya ni..hehe
Unknown Unknown 05 January, 2012
Salam.. comel ada, seram pun ada gak kumbang tu..hehe.. Anyway best of luck awak utk hari2 yang mendatang.

P/s : Apesal tak tukar shout bos awak lagi. Shoutmix dah expired dah tu :P
Unknown Unknown 05 January, 2012
@DianaAzis
thanks....hahaha..malas lg nak tukat menatang tuh..haha..biarlah dulu..hehe
mujagirl92 mujagirl92 05 January, 2012
dah tak tau mana satu nak caya n mana satu tak nak caye,, ee,, geram lak bace blog ni,, tapi asyik nak bace je,,,! :P
Unknown Unknown 05 January, 2012
@nurmujahidah
hahahahaha..tak tau nak percaya yang mane satu tu??haha..adoiyai..sampai macam tu sekali
Unknown Unknown 05 January, 2012
intro lg pjg dr cte yg nk dsmpaikn..apekah??
Unknown Unknown 05 January, 2012
@katak comel
tak perasan plak intro tu panjang sangat.hahaha
AnonymousAnonymous 05 January, 2012
takut tng0k kumbang besar gitu @_@
Unknown Unknown 05 January, 2012
@cik Kartun
err..tapi beliau sangat comel..haha
e-lyana e-lyana 05 January, 2012
Wargh, penat lyana baca, xberkelip2 plak 2, huhuhu

menarik entri nieyh :D
Unknown Unknown 05 January, 2012
@e-lyana
hahaha..thanks e-lyana :)
Unknown Unknown 05 January, 2012
@Detective Fiqa
untung dapat kumbang tu ke?hehehehe..thanks ye..
zareliqa afiqa zareliqa afiqa 05 January, 2012
weee..:) cite kumbang and cik lyssa yer..nice!^^
Unknown Unknown 05 January, 2012
@zareliqa afiqa
hahaha..itu lah..rasa nak pengsan je..haha..anyway,thanks singggah :)
zuhaida zuhaida 05 January, 2012
kumbang tu sangat menakutkan. huu.
Unknown Unknown 05 January, 2012
@zuhaida
yeke???tapi sy tgk sangat2 comel jerk..hahaha
Unknown Unknown 06 January, 2012
@Ct Mawa
bersyukur di atas nikmat Yang Maha Esa :)
suzie rahman suzie rahman 08 January, 2012
suzie pon nk tempelak kt sini jga r.haha nice entry
Unknown Unknown 08 January, 2012
@suzie rahman

hahahaha..dipersilakan menempelak saya dengan hormatnya..hakhakhakhak..thanks suzie :)